SITI SARAH : SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA

 


Dalam perjalanan ke pejabat tadi, saya terbaca berita bahawa Siti Sarah Raissuddin, isteri kepada Shuib telah menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Allahyarhamah telah dimasukkan ke ICU HUKM selepas tahap oksigen menurun dan kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan. Pada awalnya, Siti Sarah dan Shuib disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai.
Saya mengikuti perkembangan pasangan suami isteri ini sejak saya dari awal lagi lebih-lebih lagi apabila Shuib pernah menceritakan bagaimana susah senang mereka mula membina kehidupan pada peringkat awal.
Nampak benar mereka adalah pasangan bahagia dan sedia susah senang bersama sehinggalah ke akhir hayat Siti Sarah sebagai isteri yang setia kepada suami.
Namun, setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya dan sudah tentulah kita mahukan pengakhiran hidup kita dalam husnul khatimah.
Walaupun mungkin kehidupan kita sebelum ini ada cacat celanya dan kita tidak terlepas daripada rintangan dan ujian namun semangat mujahadah yang tinggi untuk menjadi insan sejati dan bertaqwa kepadaNya perlu kita tingkatkan.
Sabda baginda Rasulullah: “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnungi pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.”
Semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas roh Siti Sarah, aameen ya Rabb. Semoga Shuib, anak-anak dan kaum keluarga tabah menghadapi ujian ini.
Wassalam.
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Ulasan