TERJEMAHKAN ERTI KEMERDEKAAN DALAM KEHIDUPAN KITA

TERJEMAHKAN ERTI KEMERDEKAAN DALAM KEHIDUPAN KITA

Assalamualaikum dan salam kemerdekaan negara yang ke 64.
1. Tahun ini, kita masih lagi meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan dalam suasana pendemik COVID19 yang menular ke seluruh negara.
2. Angka 20 ribu kes harian bukan lagi satu kejutan kerana ianya telah berulang-ulang kali dicatatkan. Usahakan kerajaan untuk memvaksinkan dengan kadar yang tinggi merupakan salah satu jalan untuk mengurangkan jangkitan virus ini dari terus merebak.
3. Namun, ia bukan bermakna Sambutan Hari Kemerdekaan ini kita biarkan berlalu sahaja tanpa melaksanakan apa-apa sambutan kerana ianya masih dapat dilaksanakan mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
4. Mengingatkan kembali tarikh keramat 31 Ogos 1957 bertujuan untuk memastikan bahawa generasi masakini dapat memahami betapa sukarnya generasi terdahulu berjuang untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.
5. Sejarah juga membuktikan bahawa PAS juga terlibat dalam usaha membebaskan Tanah Melayu daripada British. Penjajah telahpun pergi namun apa yang penting ketika ini adalah bagaimana untuk membebaskan pemikiran kita daripada pengaruh ajaran dan budaya negatif yang ditinggalkan oleh para penjajah sehingga ianya merosakkan fikiran rakyat dan tanah air kita.
6. Sebab itu, rakyat perlu sentiasa diberikan kesedaran supaya mempertahankan jatidiri, mempertahankan kedaulatan Raja dan Negara supaya anasir-anasir negatif tidak meresap dalam pemikiran.
7. Justeru marilah kita bersama bersatu hati untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan ini, berganding bahu membina negara dan bekerjasama dalam menangani bencana COVID19 ini.
8. Merdeka bukan hanya diucapkan dengan kata-kata sahaja, ianya mesti diterjemahkan dalam bentuk tindakan untuk kesejahteraan kita bersama.
"Malaysia Prihatin"
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Yang Di Pertua PAS kawasan Kluang
31 Ogos 2021

Ulasan