36 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT

 



36 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT
Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-62 (2016) buat pertama kalinya telah dilaksanakan dengan setiap perwakilan diarahkan untuk memakai pakaian yang ditetapkan warnanya khususnya pada hari Pertama yang melibatkan Majlis Perasmian.
Muktamar Tahunan yang diadakan di PUTIK, Pengkalan Chepa ini juga menampilkan kelainan apabila ada acara memotong kek pulut gergasi menggunakan keris panjang yang mana pulut dan keris tersebut diarak masuk ke dalam dewan oleh seorang lelaki berpakaian silat berwarna hitam yang diapit dua lagi lelaki lain yang berpakaian seperti pakaian Bentara Istana Melayu lama beserta sekumpulan lelaki yang memakai pakaian silat membawa kek tersebut dengan cara mengusungnya di atas alatan seperti tandu.
Untuk memastikan hasrat pemakaian seragam ini berjaya, setiap kawasan diberi lima helai kain warna hijau turquoise, berukuran 4 meter untuk dibuat pakaian masing-masing. Warna hijau turquoise digunakan selama 2 tahun manakala tahun 2018 dan 2019 menggunakan warna hijau turquoise yang lebih cerah seakan-akan biru.
Tahun 2020 (MT Ke-66) pula, Muktamar Tahunan PAS yang diadakan di PUTIK, Pengkalan Chepa telah ditetapkan warna Putih sebagai warna rasmi untuk perwakilan pada Hari Perasmian.
Dijangkakan, warna putih akan dikekalkan sebagai warna rasmi untuk muktamar pada tahun ini.
Berpakaian sedondon sejak muktamar tahunan PAS pada tahun 2016 telah menambahkan keceriaan ketika hari perasmian dilaksanakan.
Sekian.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
PSUA PAS
30 September 2021

Ulasan