APABILA MIGRANE DATANG ZIARAH : SAYA TERPAKSA BEREHAT SEKETIKA

APABILA MIGRANE DATANG ZIARAH : SAYA TERPAKSA BEREHAT SEKETIKA

Assalamualaikum,
2. Sejak hari Khamis yang lalu, sakit kepala saya semakin teruk dan terasa ada kesukaran untuk memandu kereta. Kerana tahap kesakitannya terlalu tinggi maka saya mengambil keputusan untuk 'bercuti' seketika dengan berehat. Saya tidak baca perbincangan dalam whatsapp group, saya tidak baca email, saya tidak angkat panggilan telefon malah saya lebih banyak tidur dari berjaga. Khairulfahmi Matsom bila dia telefon saya dan tak berangkat, dia sudah boleh baca apa yang sedang berlaku.
3. Hari Jumaat saya tak mampu nak keluar dari rumah, cahaya matahari akan memeritkan lagi sakit di kepala. Pegawai Khas dan sahabat saya, cikgu Abdul Halim Sahelan di Kluang pun saya tak hubungi sehinggalah selepas isya' malam tadi.
4. Saya hantar mesej pada Dr Karim petang semalam, minta dia mempengerusikan satu mesyuarat dan telah maklumkan kepada sdr Setiausaha Ahmad Al Johari supaya dia sediakan bahan laporan. Manakala mesyuarat yang lain-lain saya terpaksa tangguhkan ke tarikh yang lain.
5. Saya mula kena migrane sejak berumur 18 tahun, sekitar bulan Mac 1991 (sudah 3 dekad rupa-rupanya). Saya ingat waktu ini kerana ia adalah detik yang sukar saya terima (ketika itu) apabila keputusan SPM saya sangat medukacitakan. Seharian menangis kerana tidak dapat menerima takdir Ilahi. Mujurlah arwah ayah saya tenang menerima keputusan itu dan minta saya jangan patah semangat.
6, Bermula kali pertama saya kena serangan migrane, saya perlu sentiasa kawal diri supaya jangan stress, kena senitasa jaga permakanan, kena ada ruang berehat dan pelbagai lagi perkara yang perlu diwaspadai namun itulah yang selalu menjadi halangan untuk sentiasa berjaga-jaga.
7. Saya sudah terbiasa membuat banyak perkara dalam satu masa tapi tidak boleh stress dan perlu elakkan stress sebab tatkala ia datang maka sukar untuk melaksanakan tugasan yang perlu diselesaikan.
8. Rawatan? Saya sudah cuba pelbagai cara namun ia tetap akan 'datang ziarah lagi'. Dari hospital kerajaan, klinik swasta dan Hospital Pakar serta rawatan alternatif seperti bekam telah saya lalui. Rumasan yang saya dapat buat adalah ; apabila kita telah mengalami migrane maka ia akan berterusan namun apa yang penting adalah KAWALAN DIRI DAN PERASAAN.
9. Alhamdulillah, malam tadi keadaan semakin pulih dan perjuangan akan diteruskan. Kena sentiasa ingat bahawa sakit itu penghapus dosa. Daripada menangisinya, lebih baik kita bersyukur kerana itu tandanya Allah menyayangi kita.
Sekian...
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
19 September 2021

Ulasan