KENYATAAN MEDIA : PERIKATAN NASIONAL GESA PENDUDUK KLUANG SEGERA DAFTAR VAKSINASI

KENYATAAN MEDIA : PERIKATAN NASIONAL GESA PENDUDUK KLUANG SEGERA DAFTAR VAKSINASI

Perikatan Nasional Parlimen Kluang (PN Kluang) memandang serius dengan laporan berita semalam yang menyebut bahawa 40,000 penduduk Kluang berusia 18 tahun ke atas yang layak mendapat vaksin namun masih belum mendaftarkan diri di MySejahtera untuk divaksinasi.
Dalam berita tersebut, Pegawai Daerah Kluang merangkap Pengerusi Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin A. Hamid turut telah memperlawa penduduk Kluang yang terlibat supaya melakukan' walk-in' di pusat pemberian vaksin (PPV) berhampiran.
Langkah kerajaan untuk membendung penularan pendemik Covid19 melalui vaksinasi adalah merupakan satu usaha yang perlu didokong oleh semua pihak. Penurunan kes baharu di Lembah Klang ketika ini menunjukkan betapa kerajaan telah mengambil langkah yang tepat selain dari langkah yang seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan selama ini.
PN Kluang juga telah dan sedang menjalankan usaha mendaftarkan penerima vaksinasi yang uruskan di bawah Pejabat Penyelaras Khas DUN Mahkota yang sebelum ini turut bekerjasama dengan NGO Johor Prihatin untuk membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Serbaguna Taman Sri Kluang pada 4 dan 5 September yang lalu.
Justeru kami merayu supaya penduduk Kluang supaya menyahut seruan ini untuk kepentingan kita bersama.
Skian, terima kasih.
Kenyataan bersama ;
Mohd Nor bin Lingan
Ketua BERSATU Bahagian Kluang
Pang Wui Ming
Pengerusi GERAKAN Bahagian Kluang
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Yang Di Pertua PAS Kawasan Kluang
Tarikh : 11 September 2021

Ulasan