PAS Kluang santuni golongan terjejas pandemik




KLUANG: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kluang telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terjejas pendapatan akibat penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Inisiatif ini diadakan bertujuan untuk menyantuni golongan B40 di mana mempunyai tanggungan seperti anak-anak kecil dan warga emas terlantar yang memerlukan perhatian kebajikan diberikan kepada mereka.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kluang, Khairul Anuar Ahmad Kamil berkata, pihaknya membuka kesediaan dan komitmen untuk membantu masyarakat yang terjejas di sekitar daerah ini.

“PAS Kluang sentiasa bersedia untuk membantu masyarakat yang terjejas ini di sekitar Kluang, dan pada hari ini kami menyampaikan sedikit sumbangan berupa lampin dan susu bayi untuk membantu keluarga yang kurang bernasib baik.

“Kami juga akan terus berkhidmat kepada masyarakat Kluang tidak kira latar belakang bangsa, agama mahupun parti,” ujar beliau selepas program tersebut di sekitar daerah ini, semalam.

PAS Kluang setakat ini sudah membantu lebih dari 700 keluarga di di daerah ini sepanjang tempoh penularan COVID-19 termasuklah bantuan ke kawasan PKP Diperketatkan (PKPD) di FELDA Kahang Timur dan Ladang Tereh Mill.

Turut hadir Ketua Muslimat PAS Kluang, Latipah Omar serta Ketua Penerangan PAS Kluang, Mohamad Ikhwan Basaruddin dan beberapa orang amilin PAS Kluang. – HARAKAHDAILY 19/9/2021

Ulasan