SALAM TAKZIAH

SALAM TAKZIAH

Saya merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga allahyarham Datuk Haji Gapar bin Gurrohu yang telah kembali ke ramatullah pada pukul 1.30 pagi tadi
Arwah yang juga dikenali sebagai Cikgu Gapar adalah merupakan mantan Ketua UMNO bahagian Kluang dan mantan ADUN Mahkota tahun 2004-2008 telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
Saya mula mengenali arwah Cikgu Gapar ketika beliau di SK Kampung Tengah Kluang yang kebetulannya arwah ayah saya bertugas di sana sebelum pencen pada tahun 1995
Manakala saya dan arwah pernah bertanding di kerusi DUN Mahkota pada 2004 yang menyaksikan arwah telah menang dalam pertandingan tersebut.
Sama-sama kita doakan agar roh arwah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.
Wassalam.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Yang Di Pertua PAS Kawasan Kluang

Ulasan