28 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT

28 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT

Mesyuarat Agung Khas PAS 1972
Salah satu perkara besar yang pernah diputuskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Khas PAS adalah pada 21 Disember 1972 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Mesyuarat ini diadakan bagi memutuskan persetujuan membentuk kerajaan campuran PAS-Perikatan di tiga buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Mesyuarat Agung ini telah mencapai ketetapan untuk PAS menyertai kerajaan Perikatan.
Bermula 1 Januari 1973, PAS secara rasminya PAS berada dalam kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1 Januari 1973 dan PAS telah mendapat satu jawatan Menteri dan satu Setiausaha Parlimen.
Apabila Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman meninggal dunia pada 2 Ogos 1973, berlaku rombakan Kabinet pada 13 Ogos 1973 dan PAS mendapat tambahan seorang Timbalan Menteri.
PAS menyertai Pilihan Raya Umum tahun 1974 (PRU Ke-4) berama Perikatan/Barisan Nasional dan PAS telah diberikan posisi seorang Menteri, dua orang Timbalan Menteri dan seorang Setiausaha Parlimen.
Kematian mengejut Tun Abdul Razak pada 14 Januari 1976 telah menyebabkan Perdana Menteri baru, Dato’ Hussein Onn membentuk Kabinet baru pada 5 Mac 1976. PAS mendapat dua orang Menteri, seorang Timbalan Menteri dan dua orang Setiausaha Parlimen.
Pada 14 April 1977, Perdana Menteri Dato’ Hussein Onn telah membuat rombakan Kabinet di mana PAS mendapat tambahan seorang lagi Timbalan Menteri.
Sekian.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
PSUA PAS
8 Oktober 2021
Bacaan lanjut, klik ke ;

Ulasan