34 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT

34 HARI LAGI : MUKTAMAR TAHUNAN PAS PUSAT

Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kelantan adalah merupakan mercu tanda PAS negeri Kelantan yang terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Pembangunan PUTIK telah dimulakan pada 26 Januari 2001 dengan pembinaan sebuah dewan yang mampu menampung seramai 4000 orang kehadiran dalam satu masa.
Apabila PUTIK siap, PAS telah melaksanakan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-48 buat kali Pertama di PUTIK pada 31 Mei hingga 2 Jun 2002.
Muktamar Tahunan PAS Pusat telah berjaya diadakan di PUTIK sebanyak Lapan kali iaitu ketika Muktamar Tahunan yang Ke 48, 50, 51, 53, 56, 58, 62 dan ke 66.
Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-66 yang diadakan pada 13 September 2020 di PUTIK adalah merupakan Muktamar yang paling ringkas dan padat kerana ianya hanya dilaksanakan selama sehari sahaja akibat dari bencana COVID19 yang melanda.
Hanya Ahli Majlis Syura 'Ulamak, AJK PAS Pusat, Perwakilan Dewan-Dewan Pusat dan YDP PAS Kawasan² serta perwakilan daripada PAS kawasan² dari negeri Kelantan yang telah hadir di PUTIK manakala perwakilan kawasan hadir ke Muktamar melalui sidang video yang dipancarkan di negeri-negeri.
Di PUTIK, tiada Majlis Perasmian dan tiada Pemerhati dibenarkan. Malah, tiada gerai jualan yang biasanya akan dibuat untuk memeriahkan lagi Muktamar Tahunan PAS.
Sekian.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
PSUA PAS
2 Oktober 2021

Ulasan