GONG XI FAA CHAI!!!



GONG XI FAA CHAI!

1. Dua hari lagi, rakyat Malaysia khususnya kaum Cina akan menyambut Tahun Baru Cina, satu perayaan yang terpenting dalam kalendar qamari Cina. Suasana ini sudah tentunya akan dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia kerana keunikan negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

2. Jika tidak kerana ada pertalian keluarga, mungkin jiran tertangga, rakan sekerja ataupun mungkin kenalan kita akan meraikan Tahun Baru ini.

3. Apa yang penting adalah kesediaan kita untuk meraikan satu perayaan yang disambut sebagai tanda perpaduan dan kesepaduan di dalam membina satu masyarakat yang harmoni dalam sebuah  keluarga besar Malaysia.

4. Bukan mudah untuk membina perpaduan yang kita kecapi ketika ini. Pengorbanan orang terdahulu dalam mengusahakan perpaduan adalah merupakan sesuatu yang perlu kita hargai dan kita perlu pertahankan. Jika bukan kita, siapa lagi yang perlu laksanakan.

5. PAS melalui Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) dan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) telah diberikan peranan penting dalam mendekatkan PAS dengan masyarakat bukan Melayu. Slogan dan logo PAS FOR ALL yang dilancarkan pada tahun 2009 adalah sebagai salah satu usaha PAS untuk membina perpaduan kaum di Malaysia.

6. Akhir kata, semoga Tahun Baru Cina tahun ini dapat diraikan dengan suasana harmoni dan dapat mengeratkan tali persaudaraan dan persahabatan. 

7. Patuhi SOP yang ditetapkan. Sentiasa ingat pada keluarga tersayang.

恭喜發財
Gong Xi Fa Chai
万事如意 
Wan Shi Ru Yi
新年快樂
Xin Nian Kuai Le

Sekian.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung PAS

Ulasan