PAS SOKONG CALON BERJASA DI PRK TANJUNG PIAI?





Dalam Kenyataan Media Pesuruhjaya PAS Negeri Johor yang telah siarkan tadi, saya ada terbaca tentang penafian berkaitan penglibatan PAS yang kononnya menyokong calon BERJASA yang menerima 850 undi semasa PRK Tanjung Piai (disebut 500 undi dalam ucapan).

Tiba-tiba keluar kenyataan yang meragui kejujuran terhadap PAS bila bercakap di hadapan perwakilan UMNO sehingga Ustaz Abdullah bin Hussin, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor terpaksa menjawab melalui satu Kenyataan Media bagi menjelaskan keadaan sebenar selain menjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan.
Pelik juga akan wujud satu kenyataan seperti ini (meragui kejujuran PAS) kerana penglibatan PAS di dalam jentera PRK Tanjung Piai bermula sejak dari sebelum Penamaan Calon lagi.
Malah, Mesyuarat MN Johor kali yang Pertama juga diadakan di pejabat UMNO Bahagian Pontian pada 23 Oktober 2019.
PAS bukan hanya membantu jentera BN bersama UMNO di atas nama Muafakat Nasional sahaja malah mengadakan pertemuan dengan pimpinan MCA di pejabat mereka 7 November 2019 yang diketuai oleh Setiausaha Agung PAS.
Saya lampirkan bersama beberapa posting yang telah saya muatnaik di dalam akaun FB dan Twitter saya sebagai rujukan.
Saya mengambil sikap untuk menyokong Kenyataan Media Pesuruhjaya PAS Negeri Johor supaya permuafakatan ini diperkemaskan demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Melalui Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diamalkan oleh PAS, sewajarnya kenyataan seperti ini yang meragui kejujuran PAS dapat dirungkaikan di dalam pertemuan di antara dua pihak.
Sekian, wassalam.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
23 Jamadil Akhir 1443 bersamaan 26 Januari 2022

Ulasan