SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MENDIANG SERBEGETH SINGH



SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MENDIANG

Saya mula kenal namanya mendiang Serbegeth Singh waktu saya kecik² lagi. Mendiang orang Kluang. Arwah abah saya pernah melatih pasukan Kelab Kilat Kluang dan mendiang adalah pemain yang cemerlang di dalam padang dan berbakat besar. Dulu² biasalah ikut abah ke padang bola.
Hubungan abah dan Shebby berterusan walaupun Shebby bermain untuk Kuala Lumpur. Pernah Shebby berikan sumbangan peralatan sukan ke sekolah abah mengajar (lupa nama sekolah) atas sumbangan Sport Toto.
Mendiang adalah tokoh bolasepak dan pengulas suka bolasepak yang terkenal.
Salam takziah daripada saya kepada keluarga mendiang.

Ulasan