Beristiqamah bersama Islam memperkasakan PAS



SEMUA pihak dapat menyaksikan sendiri sejarah PAS sebagai sebuah parti yang paling berpengalaman dalam mengadakan persefahaman dengan semua parti daripada pelbagai aliran, pendekatan dan ideologi. Bermula dengan parti paling kanan seperti UMNO, dan pecahannya seperti Parti Negara, Parti Semangat 46 sehinggalah parti paling kiri yang berfahaman sosialis.


PAS gagal dihancurkan oleh mereka yang paling ekstrem dan tidak terkebelakang disebabkan bergantung kepada kalangan mereka yang paling liberal dan lemah istiqamahnya. Sehinggakan, ditumpang oleh kalangan mereka yang paling bersikap oportunis.  

Kehilangan parti lain dalam persada politik bukanlah berpunca daripada pengkhianatan yang dilakukan oleh PAS, tetapi disebabkan oleh kerapuhan ideologi mereka sendiri. Sebaliknya, PAS terus maju ke hadapan tanpa terjejas dengan pasang surut dalam menghadapi pilihan raya.   

PAS tidak pernah kecewa dalam perjuangan atau hilang perhitungan politiknya dengan sebab kekalahan Pilihan Raya Umum, sama ada pada peringkat Parlimen, Negeri mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN). Sekalipun, pernah hilang wang pertaruhannya atau terdapat ahlinya yang tercicir dalam perjalanan

https://harakahdaily.net/index.php/2022/02/02/beristiqamah-bersama-islam-memperkasakan-pas/

Ulasan