Mengulang sejarah kemenangan 2004 di Senggarang


 Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB


TAHUN 2004 adalah tahun sejarah buat PAS Johor, dimana Dr Ramli Kari memecah ruyung memulakan kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang buat pertama kalinya mewakili PAS di Dewan Undangan Negeri Johor.

Walaupun ramai yang mengingatkan ia kemenangan secara teknikaliti, namun takdir Allah kurniakan kemenangan dan selepas itu pada tahun 2008, dua kerusi bertambah kepada PAS di Johor iaitu di Sungai Abong dan Maharani.

Dan kemudiannya pada Pilihan Raya Umum (PRU13) empat DUN dimenangi PAS di Sungai Abong, Maharani, Puteri Wangsa dan Parit Yaani.


Ulasan