ZIARAH MANGSA BENCANA PUTING BELIUNG DI IPOH





Alhamdulillah, pagi tadi turun mengiringi YB Senator Ustaz Idris Ahmad ke Kampung Tawas dan Taman Tasek Damai, Ipoh untuk menziarahi penduduk yang terkesan dengan bencana Puting Beliung baru-baru ini.
Dilaporkan oleh Tuan Pegawai Daerah Kinta, Tuan Meor Hezbullah bin Meor Abd Malek, sebanyak 209 buah telah terlibat dengan bencana ini. Ada di antara rumah yang kehilangan 100% bumbung rumah dan perlu diperbaiki segera.
Bencana Puting Beliung bukanlah satu bentuk bencana yang normal bagi negara kita. Namun laporan terbaharu MetMalaysia bahawa beberapa lokasi di negeri Pantai Barat Semenanjung serta Sabah dan Sarawak diramal mengalami fenomena puting beliung seperti yang berlaku di Perak ini perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak.
Justeru masyarakat digesa supaya sentiasa berwaspada, elakkan diri dari mendekati kawasan berlakunya bencana ini dan perlu mencari perlindungan di tempat selamat.
Tahniah kepada Jabatan Amal Negeri Perak yang turun membantu mangsa sejak dari hari Pertama berlakunya bencana tiga hari yang lalu.
Ustaz Hafez Sabri Ketua Pemuda PAS negeri Perak 'all out' bersama team Jabatan Amal Negeri Perak.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
2 Februari 2022

Ulasan