Khairul Faizi: Mutiara bangsa Johor di DUN Senggarang



 PAS menurunkan calon dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Johor yang mempunyai kelayakan akademik tinggi dan berpengalaman luas. Bertanding atas kesepakatan Perikatan Nasional (PN), semua 15 calonnya memenuhi ciri sebagai pemimpin negeri dan sudah biasa susah senang bersama-sama denyut nadi rakyat.

Salah seorang daripada mereka ialah Khairul Faizi Ahmad Kamil, anak muda yang dipertanggungjawabkan oleh PN untuk merampas N.24 Senggarang. Profil ringkas beliau boleh digambarkan sebagai anak muda berintegriti, pentadbir bebas rasuah dan suka berkhidmat untuk rakyat bawahan. Untuk rekod, DUN ini pernah dimenangi oleh PAS melalui Dr Mohd Ramli Md Kari dalam PRU tahun 2004.

Khairul Faizi bukan nama asing bagi bangsa Johor. Beliau anak jati Harimau Selatan yang diangkat menjadi pemimpin PAS di peringkat negeri dan negara, malah cukup sarat dengan ilmu pentadbiran dan pengurusan organisasi. Kini beliau adalah Yang Di Pertua PAS Kawasan Kluang, Johor dan Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat.

Beliau dilahirkan pada 1973 di Kampung Masjid Lama, Kluang. Bersekolah di peringkat rendah di Simpang Renggam dan Kluang hinggalah dianugerahkan Diploma Kejuruteraan Elektrik di UTM dan Sarjana Muda Sains Politik USM. Selain kelayakan akademik dalam pelbagai bidang ilmu, beliau juga memegang Diploma Tasawur Islam daripada Institut Latihan Kepemimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM), Kuala Lumpur.

Semasa belajar, beliau sangat aktif dalam sukan dan aktiviti pelajar. Beliau adalah pemain hoki negeri ke peringkat MSSM, pengurus dan pemain Pasukan Bola Baling UTM serta Penolong Ketua Pasukan Hoki STAR Anaconda 1990. Malah, beliau pernah menjawat Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UTM 1995 dan jawatankuasa Badan Bertindak Mahasiswa Negara 1995.

Sebelum berkhidmat sepenuh masa dalam politik dan pentadbiran organisasi PAS mulai 2000, beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai dalam pelbagai syarikat swasta. Kini beliau diamanahkan sebagai Pegawai Khas kepada Senator daripada PAS, YB N. Balasubramaniam. Teknokrat rapat anak muda ini turut diamanahkan sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah IT dan Data Raya PAS Pusat.

Satu ciri kelebihan calon PAS ini adalah rapatnya beliau dengan program kebajikan dan khidmat bantuan. Sejak puluhan tahun beliau bergelumang memperjuangan nasib rakyat yang dizalimi dan dalam kesusahan. Ini suatu tawaran lumayan kepimpinan negeri Johor yang tidak seharusnya dilepaskan oleh penduduk Senggarang.

Beliau adalah Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, pertubuhan yang banyak membantu dan menyelaras bantuan kecemasan kepada mangsa musibah seperti banjir di seluruh negara. Gambar pasukan beliau bersama kesusahan rakyat di seluruh cerok negara dalam media sosial cukup banyak, malah sebagai bukti akrabnya calon PAS ini dengan rakyat bawahan.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi pengerusi kepada pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Ikatan Padu, Intelek Malaysia, Permai Care, Kluang Care. Dalam Badan Bukan Kerajaan (GLC) beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPOC, Ahli Lembaga Pengarah Kolej Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor KPYPJ dan Pengerusi Majlis Persijilan Minyak Sawit Malaysia MPOCC.

Jasanya turut diiktiraf oleh pihak istana dengan kurniaan darjah kebesaran Kesatria Mangku Negara (KMN). PRN Johor akan diadakan pada 13 Mac 2022. Rakyat di Senggarang perlu memiliki mutiara berharga ini. Pilihlah Khairul Faizi. Undilah PN. (Media Fastaqim)


https://mediafastaqim.com/khairul-faizi-mutiara-bangsa-johor-di-dun-senggarang/

Ulasan