JANGAN LUPA AYAT QURAN DAN HADITH : YB SENATOR BALA



Alhamdulillah, hari ini Sidang Dewan Negara bermula.

Membantu YB Senator Balasubramaniam Nachiappan JP selaku Pegawai Khas, tugas saya menyediakan dokumen untuk beliau sepanjang sidang berlangsung.

Pernah sekali saya 'terlupa' untuk masukkan ayat Al-Quran dan Hadith di dalam ucapan beliau, YBS rasa ucapannya tidak lengkap dan ada kekurangan.

Biasanya, YBS akan tanya dan ingatkan saya dulu, termasuklah pagi tadi, ada atau tidak ayat Quran yang berkaitan dalam ucapannya.

Ini adalah hasil didikan yang beliau terima bila berada di dalam Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).

Ulasan