PAS TERUS KOMITED DENGAN KEMPEN KEAHLIAN PAS PILIHANKU 4.0






PAS TERUS KOMITED DENGAN KEMPEN KEAHLIAN PAS PILIHANKU 4.0

Dalam pelbagai spekulasi bahawa berkemungkinan Parlimen akan dibubarkan pada bila-bila masa sahaja, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) terus komited dengan gerekerja Kempen Keahlian PAS Pilihanku (PAS PILIHANKU 4.0) yang telahpun dilancarkan sebelum ini pada 25 Jun 2022 yang lalu di Sik, Kedah.

Kempen yang telah dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim bin Jasin mensasarkan seminima 50 ribu keahlian baharu sehingga ke penghujung tahun ini.

Sehingga kini, pelancaran di peringkat negeri telah pun selesai dilaksanakan iaitu di Negeri Sembilan pada 17 Julai, di negeri Kedah pada 23 Julai dan di Pahang pada 31 Julai 2022.

Pelancaran di peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Kompleks PAS Negeri Sembilan, Kampung Ismail, Seremban dan telah dirasmikan oleh Pengarah Kempen PAS Pilihanku 4.0 peringkat Pusat, Khairul Faizi bin Ahmad Kamil manakala pelancaran di peringkat negeri Kedah dilancarkan oleh Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden PAS di Kompleks PAS Kedah.

PAS Negeri Pahang melancarkan kempen ini bersekali dengan Himpunan H20K PAS Pahang di Pantai Sepat, Kuantan dan telah dilancarkan oleh Dato’ Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS merangkap Menteri Alam Sekitar dan Air. Turut hadir memberikan ucapan adalah Dato Ustaz Mohd Amar bin Abdullah, Naib Presiden PAS.

PAS negeri Sabah dan Sarawak telah memilih tarikh yang sama iaitu pada 6 Ogos 2022. PAS Sabah telah menganjurkan kempen ini dalam bentuk konvensyen yang yang gilang-gemilang dengan menghimpunkan perwakilan dari seluruh negeri Sabah, telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dan dilancarkan oleh Presiden PAS. Turuh hadir dan menyampaikan ucapan adalah Datuk Seri Haji Takiyuddin bin Hassan, Setiausaha Agung PAS merangkap Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Manakala di Sarawak, kempen ini telah dilancarkan oleh Dato’ Seri Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man di The Paramount Hotel di Sibu bersekali dengan dengan perasmian Penutup Muktamar Dewan-Dewan Negeri Sarawak yang turut dihadiri oleh Penolong Setiausaha Agung PAS Haji Khairulfahmi bin Matsom

Malam tadi, bersempena dengan Himpunan 5K PAS negeri Melaka, Pelancaran Kempen PAS Pilihanku 4.0 telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di perkarangan Pejabat PAS Negeri Melaka di Semabok.

Hujung minggu ini, lima buah negeri akan mengambil giliran untuk melancarkan kempen ini. Bermula dengan PAS Wilayah Persekutuan pada 20 Ogos dan akan dirasmikan oleh Dato’ Ustaz Haji Ahmad bin Yahya, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat di KUIZM. Manakala pada sebelah petangnya akan berlangsung di Markaz PAS Pongsu Seribu, Kepala Batas, pelancaran peringkat negeri Pulau Pinang dan akan dirasmikan oleh Tuan Guru Dato Haji Hashim bin Jasin, Mursyidul Am PAS.

Pada sebelah malam, PAS Johor akan melancarkan kempen ini di Pusat Komuniti PAS Muar di Parit Tarom dan akan dirasmikan Dato Mohd Amar Abdullah, Naib Presiden PAS.

Pada 21 Ogos pula, giliran PAS Selangor dan PAS Perlis untuk melancarkan kempen ini. PAS Selangor akan melaksanakan Pelancaran PAS Pilihanku 4.0 dan Kibar Jalur Gemilang bertempat di Markaz PAS Kawasan Sungai Besar Selangor.

PAS Perak telah memberikan komitmen untuk melancarkan kempen ini pada 23 September manakala negeri Kelantan dan Terengganu akan melaksanakannya dalam masa yang terdekat.

Bagi merangsang supaya kempen ini akan mendapat sambutan di peringkat kawasan, satu slot khas akan dilaksanakan semasa Muktamar Tahunan PAS yang akan dilaksanakan di Kompleks PAS Kedah pada 3 dan 4 September nanti.

Sekian.

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
20 Muharram 1444 / 18 Ogos 2022


Ulasan