Bubar Parlimen: Kenyataan media Presiden PAS

 

PAS melahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga Parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan yang agak tergesa-gesa hanya dalam tempoh 4 tahun 5 bulan sahaja dalam Penggal Parlimen Ke-14.

PAS tetap optimis usaha penyatuan ummah tidak akan digagalkan oleh sesuatu agenda yang bukan untuk kepentingan awam dan negara.

Sehubungan itu, PAS mengajak seluruh rakyat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang sangat penting ini.

Menjunjung kasih Tuanku.

“ISLAM MENYATUKAN UMMAH”
“MALAYSIA SEJAHTERA”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 13 Rabi’ul Awwal 1444 / 10 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 10/10/2022

Ulasan