DOA PAGI ISNIN SEBELUM MEMULAKAN TUGAS


DOA PAGI ISNIN SEBELUM MEMULAKAN TUGAS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِه أَجْمَعِيْنَ.

يَا اَلله ُ يَا شَكُوْرُ

Di hari yang berbahagia ini, kami berdoa memohon ke hadrat-Mu, satukanlah dan perteguhkanlah hati kami di bawah keredhaan-Mu. Lahirkanlah perasaan persaudaraan, berkasih sayang dan bermuafakat antara kami.

يَا اَلله ُ يَا رَحِيْمُ

Kami memohon restu dan kasih sayang-Mu yang berkekalan dalam menjalankan tugas dan kewajipan yang diamanahkan.

Jadikanlah kami golongan yang produktif dan berkualiti. Golongan yang berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna dan berkesan.

Ya Allah, hindarkan kami dari sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan tugas.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Ulasan