MELAWAT PASTI DI SANDAKAN SABAH





Berkesempatan melawat dua buah PASTI di Sandakan ; PASTI Ubay bin Ka'ab dan PASTI Abdul Rahman bin Auf.

Biasanya, bila turun ke kawasan, saya akan ambil peluang untuk melihat perkembangan pembangunan PASTI.

PASTI adalah aset PAS sejak 1984 lagi. Sejarahnya yang panjang telah berjaya membentuk generasi Al-Quran dan generasi Beriman yang kini telahpun menabur bakti dalam posisi masing-masing.

Syahir Che Sulaiman adalah mantan murid PASTI yang bukan sahaja yang berjaya dalam akademik dan kerjaya malah menjadi murid PASTI yang Pertama dipilih menjadi Ahli Parlimen di Malaysia.

Tahun hadapan PASTI akan berusia 40 tahun. Sudah pasti sambutan 4 dekad PASTI akan diadakan.

Ulasan