SALAM TAKZIAH : SAID KHUDRI TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA


Pagi ini mendapat perkhabaran duka sahabat lama, almarhum Said Khudri Salleh telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.30 pagi tadi akibat kanser yang dialami sejak hampir 2 tahun yang lalu.

Berita disampaikan oleh Zaidi Abd Hamid kepada group Penerangan PAS Johor.

Lama dah saya kenal arwah, sejak tahun 1997 lagi. Seorang yang baik dan istiqamah dalam perjuangan.

Arwah tinggal di Kampung Tui, Bukit Kepong dan akan disemadikan pukul 10 pagi ini.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan berjuang di jalanNya.

Ulasan