Orang yang menuduh biasanya pernah berkelakuan seperti itu




ORANG yang melemparkan tuduhan rambang biasanya ialah mereka yang ada pengalaman melakukannya. Lalu diukur orang lain juga serupa dia.
1. Kita bagi sumbangan kebajikan dalam kampung, dia kata bagi kepada anak-beranak.

2. Kita bagi lesen nelayan, dia kata bagi kepada orang yang bukan kerja nelayan. Nelayan tulen putih mata.

3. Kita edar borang untuk nak bagi geran tanah, dia kata tipu belaka modal pilihan raya.

4. Kita cakna kepada rakyat, dia kata nak ngundi baru nampak muka.

5. Kita bagi bantuan kepada petani dan nelayan, dia kata bagi kepada awok-awok dia saja.

6. Kita masuk baruh dengan petani, dia kata musim gini orang politik sanggup redah ke mana saja.

7. Kita buat jalan, dia kata buat modal pilihan raya.

8. Kita buat projek pembangunan, dia kata makan pitih komisyen.

Benarlah bagai dikata bahawa manusia bercakap dari apa yang ada dalam hati dan pengalaman hidup mereka.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu – HARAKAHDAILY 4/7/2023

Ulasan