RM8 bilion yang Kelantan minta untuk atasi masalah air di Kelantan banyak ke?
RM8 bilion yang dimohon itu meliputi 5 projek takungan air pinggiran sungai, 3 loji rawatan air dan penukaran paip 3,595 km.
RM1.7 bilion baru diluluskan dan belum diterima sepenuhnya untuk penukaran 3,595 km paip baru.
Bagi tahun 2023, hanya RM500 juta dahulu diperuntukkan untuk penukaran paip baru.
412 km penukaran paip baru sedang berjalan dengan kos mencecah RM248 juta.
Kelantan menerima peruntukan dalam bentuk pinjaman tidak seperti Pahang, Pulau Pinang, Johor dan negeri-negeri lain.
Peruntukan berbentuk pinjaman ini masih terlalu kecil dibandingkan yang diperuntukkan dalam bentuk geran kepada negeri lain tanpa perlu dibayar semula.
Negeri lain yang dikatakan tiada masalah air seperti Kelantan pun layak mendapat geran ratusan juta bahkan mencecah bilion.
Jika Kelantan tidak pernah diabaikan, disekat peruntukan, menerima geran bukan pinjaman, nescaya hari ini angka yang diperlukan mungkin tidak mencecah RM8 bilion.
Kelantan telah pun berbincang mengenai isu air ini sejak pertemuan dengan Menteri pada 23 Mei selanjutnya 1 Jun bersama Perdana Menteri disusuli mesyuarat jawatankuasa pada 13 dan 21 Jun.
Jika besar sangat jumlah RM8 bilion itu maka mesyuarat adalah medannya untuk berbincang.
Apabila Perdana Menteri putuskan tidak boleh beri semua dan hanya beri mengikut keutamaan, Kelantan akur.
Kenapa ada Menteri dan pihak yang sengaja mempolitikkan dan membawa naratif buruk soal RM8 bilion ini?
AKSB dan kerajaan negeri sentiasa berusaha, berlapang dada, berjumpa secara adab dan berbincang dengan Persekutuan untuk menoktahkan isu ini.
Pihak Kerajaan Pusat patut bersama-sama mengambil berat keperluan rakyat Kelantan sebagai sebahagian rakyat Malaysia dan mengiktiraf Kelantan sama seperti negeri lain.
KAMIL ARIF BAIHAGI
Pengerusi Kelab Mahasiswa Penyokong PAS
3 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 3/7/2023
Ulasan
Catat Ulasan