Istiqamah menggapai kemenangan yang lebih bermakna





هٰٓاَنْتُمْ هٰٓؤُلَاۤءِ تُدْعَوْنَ لِتُنْفِقُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِۚ فَمِنْكُمْ مَّنْ يَّبْخَلُ ۚوَمَنْ يَّبْخَلْ فَاِنَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَّفْسِهٖ ۗوَاللّٰهُ الْغَنِيُّ وَاَنْتُمُ الْفُقَرَاۤءُ ۗ وَاِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْۙ ثُمَّ لَا يَكُوْنُوْٓا اَمْثَالَكُمْ.

“Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang diajak untuk menginfakkan (hartamu) di jalan Allah. Lalu di antara kamu ada orang yang bakhil dan barang siapa bakhil maka sesungguhnya dia bakhil terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah Yang Maha Kaya dan kamulah yang faqir (memerlukan kurnia-Nya). Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (derhaka) seperti kamu (ini).”

(Muhammad: 38)

Allah S.W.T menjanjikan perjuangan yang panjang untuk merealisasikan kemenangan Islam. Penghulu para Rasul juga melalui jalan getir, para Rasulullah pula ada yang mengambil masa sehingga ratusan tahun untuk mencapai sebuah kemenangan. Namun perjuangan suci tetap diteruskan walaupun terpaksa menongkah gelora yang membadai tanpa mengenal erti penat lelah, risau dan takut, susah dan payah kerana matlamatnya adalah mencapai redha Allah S.W.T.

Perjalanan yang panjang dengan kemenangan silih berganti adalah asam garam perjuangan. Apa yang penting adalah keteguhan hati, istiqamah, optimis masa depan untuk Islam dan yakin dengan janji Allah S.W.T.

Begitulah perjuangan PAS sejak berpuluh tahun melalui liku yang banyak. Kerjasama, tahaluf dan taawun dengan pelbagai pihak yang menghormati prinsip perjuangan PAS yang membawa dasar Islam.

Kemenangan demi kemenangan dicapai sedikit demi sedikit sehingga ianya menjadi gelombang kebangkitan rakyat menolak korupsi, kleptokrasi, kakistokrasi, penipuan dan fitnah, salah guna kuasa, rasuah.

PAS dan PERIKATAN NASIONAL memacu ummah ini ke arah membina kehidupan masyarakat dan negara sejahtera yang hakiki di mana setiap individu diberikan haknya yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Justeru sayugia diingatkan selalu bahawa perjuangan suci ini penuh dengan ujian dan cabaran yang menuntut anggota sentiasa mentajdid dan islah diri dan niat agar tergolong dari kalangan pendukung yang istiqamah di atas kefahaman dan keikhlasan demi mencapai mardhatilLah.

“Malaysia Sejahtera”

ABU IRFAN MUHAMMAD AL-URDUNI
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.
5 Safar 1445
22 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 22/8/2023

Ulasan