PANTUN PERJUANGAN


PANTUN PERJUANGAN

Dari Penaga ke Sungai Dua,
Singgah berehat di Permatang Berangan,
Teruskan usaha tingkat kerja,
Pasti Allah akan berikan kemenangan

Bagan Dalam di tengah bandar,
Makan malam di Sungai Puyu,
Janganlah gentar janganlah gusar,
Menentang musuh kita bersatu.

Santai-santai di Permatang Pasir,
Pekena roti di Pinang Tunggal,
Masa yang ada jangan dibazir,
Jangan sampai kita tertinggal.

Pulau Betong di Balik Pulau,
Sungai Bakap di sebelah Jawi,
Fitnah makian jangan dihirau,
Kerana kita perjuang sejati.

Khairul Faizi Ahmad Kamil
Pongsu Seribu, Kepala Batas
5 Ogos 2023
www.khairulfaizi.com.my

Ulasan