PERTEMUAN MAHABBAH DENGAN PADERI-PADERI KATOLIK PULAU PINANG











Alhamdulillah, tahniah kepada PAS Pulau Pinang yang terus mengadakan pertemuan mahabbah bersama para golongan paderi Gereja Katolik tengahari semalam

Melalui Lajnah Dakwah PAS Pusat dan BPPNPP, satu program diadakan di Hotel Pen Mutiara yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Pengerusi Lajnah Dakwah BPPNPP, YB Haji Amir Hamzah telah memberikan ucapan bagi mewakili Lajnah Dakwah manakala YB Datuk Ustaz Idris Ahmad mewakili PAS Pusat.

Cardinal Dato Seri Sebastian Francis pula telah berucap mewakili seluruh para paderi yang hadir tadi.

Jemputan yang telah dijadualkan dan hadir adalah :
1. Cardinal Dato Seri Sebastian Francis
2. Paderi Jude Miranda - Ketua Paderi Bhg Pulau
3. Paderi Aloysius Tan
4. Paderi Michael Raymond
5. Paderi Oliver Tham
6. Paderi Esmond Chua OFM
7. Paderi Crispus Mosinoh OFM
8. Paderi Cosmas Francis OFM
9. Deacon Paul Kang
10.Ariokadass Anthony -MCCBCHST
11. Vincent Vega- MCCBCHST

Saya juga ingin ucapkan tahniah kepada Haji Rahman, Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah BPPNPP yang telah bersungguh-sungguh untuk adakan program ini. Perancangan program ini diperkatakan kepada saya sejak kehadiran saya di Pulau Pinang semasa memantau persiapan PRN.

Turut hadir ; YB Ustaz Misbahul Munir (AJK PAS Pusat), YB Ustaz Mohammad Fauzi Yusoff (Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang), Norazman Ishak (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang) Iszu Ibrahim (Setiausaha BPPNPP) Mohd Rafaie (Bendahari BPPNPP Mohd Amin Bin Ismail

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung PAS
17 Ogos 2023

Ulasan