Tiga penipuan Zahid terhadap Terengganu, PAS




Zahid Hamidi telah membuat sekurang-kurang tiga penipuan terhadap kerajaan Terengganu dan pemimpin PAS.

Pertama, Zahid Hamidi menipu tentang agihan bantuan banjir daripada kerajaan Persekutuan, pemimpin Umno itu mengatakan duit itu kerajaan negeri ambil dan hanya beri kepada ahli PAS.

Ini satu pembohongan, ia telah dijawab oleh Exco Kebajikan negeri, Hanafiah Mat, duit bantuan banjir itu, kerajaan pusat berikan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) seterusnya diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir menerusi agensi kerajaan Persekutuan dan negeri.

Bantuan itu tidak masuk ke akaun kerajaan negeri, apatah lagi hanya diagih kepada ahli PAS.

Penipuan kedua, Zahid Hamidi memfitnah Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli menaiki kapal terbang bersamanya bagi melawat mangsa banjir di Dungun, memakai pakaian tidak sesuai ketika menyantuni mangsa banjir serta mendakwa Wan Hassan ahli Umno.

Ketiga-tiga tuduhan yang dinyatakan Presiden Umno itu adalah tidak berasas dan pembohongan secara terang-terangan.

Wan Hassan tidak pernah naik kapal terbang bersamanya, turun ke kawasan banjir, menyantuni mangsa banjir dan juga menyampaikan sumbangan dengan pakaian betul dan beliau merupakan ahli PAS tulen.

Seterusnya, tuduhan jahat Zahid Hamidi mengenai Presiden PAS yang gagal masuk Mekah.

Zahid Hamidi berkata, Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pergi atas jemputan kerajaan Arab Saudi, tuduhan ini salah kerana Tuan Guru pergi atas jemputan Mufti Mekah pada 2008.

Kemudian, Pengerusi BN itu turut berbohong apabila mengatakan bawah sehari sebelum wukuf Presiden PAS masih tidak mempunyai penginapan, walhal Presiden PAS sudah berada di Mekah beberapa hari sebelum wukuf dan memberikan kuliah kepada jemaah haji.

Justeru kami merasa sangat kesal dengan tindak tanduk Zahid Hamidi yang berterusan menipu, kami yakin tindakan itu adalah strategi terdesak PH-BN untuk membina persepsi jahat terhadap PAS.

DATO’ DR ALIAS RAZAK
Timbalan Pesuruhjaya III PAS negeri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Ulasan