Kerajaan Madani mungkir janji – Shahidan


KUALA LUMPUR: Mesyuarat khas Rancangan Malaysia ke 12 (RMK) di Parlimen pada hari ini gegar selepas Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, menamatkan sesi pembentangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa ada laluan untuk mengemukakan usul.

Susulan itu beberapa ahli parlimen pembangkang bangkit mengatakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan tersebut.

Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Dr Shahidan Kasim menyifatkan kerajaan Madani sebagai mungkir janji susulan penolakan usul mengenai kes rasuah melibatkan Datuk Seri Zahid Hamidi untuk dibawa ke parlimen dibatalkan.

“Tan Sri (Johari Abdul) macam mana janji tadi?” soalnya bagaimanapun tiada maklum balas atau jawapan dari Speaker Dewan Rakyat itu (Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul).

Dua jam sebelum itu, Johari mengatakan akan memberi laluan sekiranya ada usul yang ingin dibangkitkan tetapi sebaliknya janji hanya dicapati.

“Baru dua jam Speaker (Tan Sri Johari Abdul) janji.

“Kata bagi laluan,” antara suara-suara ahli parlimen bangun mempersoalkan tindakan Johari sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kota Bharu (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam Sidang Media Pilihan, di sini, hari ini, berkata, bukan sehaja usul bahas kes rasuah Zahid tidak mendapat persetujuan Johari tetapi lebih mengejutkan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah sendiri membuat kenyataan di luar dewan bahawa usul tersebut tidak boleh dibawa ke parlimen. – HARAKAHDAILY 11/9/2023

Ulasan