TAUFAN DANIEL : LEBIH LIMA RIBU MATI DAN SEPULUH RIBU HILANG








Tanpa dijangka, dunia terkejut dengan bencana yang sedang dihadapi oleh Libya ketika ini ; lebih 5,000 orang dikhuatiri maut manakala 10,000 lagi hilang selepas hujan lebat di timur laut Libya mengakibatkan dua empangan runtuh sekali gus meningkatkan paras air di kawasan yang sudah sedia ditenggelami banjir.


Di Derna, sebuah bandar dengan sekitar 125,000 penduduk yang terletak di Libya, wartawan Reuters melaporkan beberapa perkampungan musnah sama sekali dengan bangunan ranap dan kereta terbalik, malah ada yang tersangkut di bumbung rumah. Jalanan pula dipenuhi lumpur tebal, dibawa selepas empangan di Derna yang pecah akibat dilanda Ribut Daniel.


Ribut Daniel juga telah mengakibatkan banjir ribut Daniel yang merentasi Mediterranean hingga memusnahkan satu perempat daripada pantai timur bandar Derna. 

Melalui pencarian di laman media sosial, Taufan Daniel atau Ribut Daniel yang melanda timur Libya dan mencapai kemuncaknya Isnin lalu di timur laut Libya dikatakan sebagai taufan seperti tropika Mediterannean yang paling dahsyat yang pernah direkodkan dengan memberikan kesan yang besar kepada kemusnahan harta benda serta bencana paling dahsyat yang berlaku pada tahun ini. Taufan ini bermula dengan pembentukan sistem tekanan rendah sekitar 4 September 2023 dan ianya melanda negara Greece, Bulgaria dan Turki.

Disebabkan oleh sifat ribut yang pendek dan mengejut, persiapan untuk ribut itu tidak banyak. Di Greece, ribut itu dianggap paling teruk dalam sejarah yang direkodkan, dengan hujan lebat yang membawa kepada banjir menyebabkan kerosakan bernilai lebih €2 bilion. Namun begitu, berbanding dengan empat negara yang terlibat, negara paling teruk terjejas ialah Libya setakat ini.

Saya akan membuat ulasan lanjut berkaitan dengan bencana ini, insya Allah.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
www.khairulfaizi.com.my
13 September 2023, 10.53 malam

Ulasan