KELANTAN MODEL ADIL, PRIHATIN, BERKEBAJIKAN



KELANTAN MODEL ADIL, PRIHATIN, BERKEBAJIKAN

1.Perwakilan Kelantan memfokuskan perbahasan dengan membawakan model pentadbiran Membangun Bersama Islam Kelantan Darul Naim.

2.Kerajaan negeri di bawah Dasar Membangun Bersama Islam telah melaksanakan model berkebajikan di seluruh peringkat terutamanya dalam bantuan rumah Dhuafa Kelantan sejak tahun tahun 2009.

3.Kelantan juga turut memperkenalkan Tabung Serambi Mekah bagi membantu rakyat Kelantan yang ditimpa bencana. Jumlah keseluruhan dana yang telah disalurkan semenjak tahun 1991 hingga 2023 yang lalu adalah sebanyak RM73.66 juta.

4.Pembelaan rakyat miskin juga menjadi agenda keutamaan dengan memperuntukkan bantuan one-off yang membantu kesempitan hidup rakyat akibat daripada tekanan ekonomi dan sara hidup sejak tahun 2019 lagi.

5.Boleh dikatakan sebahagian besar daripada perbelanjaan bajet negeri Kelantan adalah mengikut kebajikan.

6.Aspek berkebajikan ini tidak hanya tertumpu kepada sumbangan namun ia termasuk memberi manfaat pendidikan kepada rakyat kerajaan negeri telah berjaya mentarbiah generasi pelapis bersama dengan ulama amilin melalui sekolah agama, tahfiz melalui seliaan Yayasan Islam Kelantan.

7.Bagi memperkasa dan mempertahankan enakmen jenayah syariah yang telah dicabar di mahkamah, kerajaan negeri telah menggunakan saluran mahkamah melalui petisyen yang masih dalam tempoh pembicaraan.

8.Himpunan Munajat Pertahan Syariah akan diadakan di Stadium Muhammad V pada 18 November 2023. Dijemput semua untuk hadir.

9.Pada malam ini genap pemerintahan PAS di Kelantan dengan Dasar Membangun Bersama Islam.

YB Ustaz Mohd Asri Mat Daud
Perwakilan Negeri Kelantan
(Usul Terima Kasih dan Perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS)

Ulasan