LAWATAN PENANDA ARAS KHIDMAT MALAYSIA : KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT DAERAH SUNGAI KOLOK, NARATHIWAT


Pertemuan bersama Ketua Pegawai Daerah ‘District Chief’ Sungai Kolok, Narathiwat, Mr. Anirut Bua-oon, Ahli Parlimen Narathiwat, สส. อามินทร์ En. Amin Mayuso dan seluruh delegasinya di Pejabat Daerah Sungai Kolok, Narathiwat, Thailand pada semalam, 2 Oktober 2023 jam 2.30 petang.

Delegasi dari Khidmat Malaysia yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah, Tuan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil beserta Ahli Lembaga Pengarah dan delegasi Khidmat Malaysia mengadakan Kunjung Hormat dan berkenalan bagi mempelajari dan berkenalan tentang pengurusan bencana dan kecemasan yang boleh dicontohi dan pelajari dari mereka.

Turut bersama rombongan kami, Wakil Kerajaan Negeri Kelantan yang diwakili oleh Exco Pembangunan Keluarga, Wanita dan Kebajikan, Yang Berhormat Puan Rohani binti Ibrahim dan ADUN Limbongan, Yang Berhormat Nor Asilah binti Mohamed Zain.

Sebuah NGO Thailand yang merupakan barisan hadapan dalam menyelamat di seluruh Thailand yang dikenali sebagai Saint MU Rescue turut bersama dalam pertemuan kali ini, pihak Khidmat Malaysia amat berbesar hati dapat mengenali badan sukarela menyelamat ini dan berharap akan ada kolaburasi bersama mereka pada masa akan datang.

Beberapa konsep Dapur Rakyat dengan menggunakkan sebuah lori besar seakan ‘food truck’ yang boleh memasak sebanyak 4 ribu ke 5 ribu pek makanan khusus buat mangsa bencana turut didemonstrasikan kepada pihak kami.

Juga terdapat sebuah lori besar yang boleh memproses penyulingan air secara cepat turut ditunjukkan kepada kami, tujuannya adalah untuk mengagihkan keperluan air bersih minum kepada kawasan yang mengalami bencana dengan tuntas dan cepat.

Ulasan