PAS AKAN TERUS DIPERKASA



PAS AKAN TERUS DIPERKASA!

1. PAS memerlukan sebuah kompleks PAS Pusat. Keperluan ini mengambil kira harapan besar rakyat terhadap PAS yang diterjemahkan dalam Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil yang sambung menyambung.

2. Menerusi ucapan ini, saya ingin menyebut beberapa perkara berhubung dengan pemerkasaan parti khususnya.

3. Lajnah Pemerkasaan Parti bukan sahaja menekankan pemerkasaan parti tetapi turut menekankan imej parti. Antaranya dengan mengangkat organisasi kita.

4. Sehubungan itu, organisasi parti perlulah disusun supaya ada penyelarasan. Sebagai contoh, penyelarasan exco negeri dengan lajnah di peringkat Dewan-dewan dan PAS Pusat.

5. Perlu penyelarasan antara ADUN-ADUN kita, kerana sebahagian mereka tidak ada dalam jalur kepimpinan organisasi. Paling tidak mereka dilantik dalam jawatankuasa di peringkat negeri.

6. Hal ini supaya maklumat parti dapat difahami oleh Ahli-ahli Yang Berhormat agar Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN dan Parlimen tidak bertembung.

7. Kita tidak ada masalah meletakkan calon, tapi apabila ada muafakat politik, maka ada kerusi yang kita ingin, kita tidak dapat. Ada kerusi yang tidak sangka dapat, kita dapat.

8. Pada masa yang sama, kita perlu memperbanyakkan cawangan dan gerak kerja parti bagi membina kekuatan, kerana kekuatan salah satu syarat yang perlu ada untuk bertanding.

9. Hari ini kawasan FELDA menjadi ‘lubuk’ untuk kita bertanding. Ini menunjukkan kita mempunyai potensi besar mengambil alih kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri. InshaAllah.

10. Dalam menghadapi isu alam sekitar, kita perlu memperbanyakkan NGO Islam yang akan menjuarai isu alam sekitar kerana ia merupakan isu yang merentasi sempadan agama dan kaum. PAS mesti menjuarainya dan memulakannya.

11. Kita juga akan sentiasa memperkasakan agenda dakwah, tarbiah dan siasah.

12. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas pilihan raya yang lalu. Tanpa sokongan mereka, tidak mungkin kita mencapai apa yang diperoleh pada hari ini. Insya-Allah, kita usahakan yang lebih baik dalam pilihan raya akan datang.

13. Terus bekerja, sabar dan istiqamah hingga kita bertemu dengan Allah SWT.
YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Presiden PAS
(Ucapan Penggulungan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69)

Ulasan