PBB anggar 340,000 rakyat Palestin hilang tempat tingga


REJIM Zionis Israel meneruskan serangan udara ganas ke atas bandar-bandar di Semenanjung Gaza seperti di Deir Al-Balah, barat laut bandar Gaza, Rafah, Khanyounis, Al-Qarar dan Jabalia temasuk meneruskan pengeboman ke atas pelabuhan Gaza dan Menara Carmel yang terletak berhampiran Hospital Al Shifa yang menyebabkan puluhan rakyat Palestin terkorban dan cedera.
Advertisement

2. Kumpulan pejuang Palestin memperbaharui serangan roket ke atas wilayah dan bandar yang dijajah rejim Zionis Israel seperti di Sedirot, Nir Ouz, Kisovim, Tel Aviv, Khadira, Kfar Yuna, Netanya, Hood, Jerusalem dan Ariel.

3. Angka korban di kalangan rakyat Palestin telah meningkat kepada 1,417 orang dengan 6,268 orang lagi cedera.

4. Angka kematian di kalangan pendatang haram Yahudi, tentera dan polis rejim Zionis Israel telah meningkat lebih daripada 1,300 orang dengan lebih 3,300 orang lagi dilaporkan cedera.

5. PBB menganggarkan seramai 340,000 rakyat Palestin telah kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza berikutan serangan ganas tentera rejim Zionis Israel.

6. Wad ‘Unit Rawatan Rapi’ (ICU) di hospital-hospital yang masih beroperasi di Semenanjung Gaza telah penuh dan tidak mampu menampung jumlah rakyat Palestin yang cedera.

7. Tiga warga Palestin terkorban akibat ditembak pendatang haram Yahudi di Nablus.

8. Kumpulan pejuang Palestin menyerang kedudukan tentera rejim Zionis Israel di Jenin, Tebing Barat yang mengakibatkan sebuah kereta perisai tentera rejim Zionis Israel musnah serta kumpulan pejuang Palestin di kem pelarian Shufaat menyerang pos tentera regim Zionis Israel.

9. Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov berkata Rusia berharap dapat mengambil komitmen untuk membina sebuah negara Palestin dengan serius selepas berakhirnya konflik yang ‘panas’ ini.

10. Lebih daripada 10,000 pendatang haram Yahudi telah diarahkan untuk meninggalkan lebih daripada 24 bandar dan penempatan haram di Gaza termasuk lebih 50 peratus pendatang haram Yahudi telah meninggalkan bandar-bandar dan penempatan haram yang berada di sepanjang sempadan Lubnan.

11. Pendatang haram Yahudi mula bertindak ganas dengan menyerang dan menembak rakyat Palestin di Ramallah dan Nablus temasuk menyerang perkampungan Al-Sawiya serta membakar kenderaan rakyat Palestin.

12. Tentera rejim Zionis Israel terus memperkukuhkan kedudukan tenteranya di utara sempadan Lubnan dengan menambahkan bilangan anggota tentera dan kereta kebal.

13. Rejim Zionis Israel telah memberikan 20,000 pucuk senjata baharu seperti mesingan kepada pendatang haram.

Disediakan oleh:
DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabngsa dan Hubungan Luar PAS Pusat – HARAKAHDAILY 13/10/2023

Ulasan