PENYATUAN UMMAH MENUJU KEMENANGAN



PENYATUAN UMMAH MENUJU KEMENANGAN

Ahli Dewan dan Lajnah DMPM menyambut baik dan akan melaksanakan yang terbaik dalam membawa misi parti.

Ucapan diteruskan dengan bacaan surah Ali Imran, ayat 195 yang bermaksud :-
'Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".'

Misi DMPM untuk meningkatkan kesejahteraan wanita, keluarga dan masyarakat perlulah diberi kerjasama oleh semua pihak, termasuklah ahli keluarga dan para suami.

Penglibatan wanita dalam gerak kerja jemaah perlu diberi perhatian dan kebenaran yang sewajarnya.

Berdasarkan perjuangan Rasulullah yang telah dapat menegakkan daulah Islamiah, tiga tonggak asas yang menjadi pegangan adalah termasuk:-
1. Kekuatan iman dan akidah
2.Kekuatan ukhuwah Islamiah
3.Kekuatan kepimpinan dan ketenteraan

Dengan itu, tonggak inilah yang perlu dipegang oleh semua ahli bagi memastikan kemenangan dapat dicapai dalam siri-siri pilihan raya yang akan datang.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
(Ucapan Penggulungan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69)

Ulasan