PM berdiam diri ketika mata wang negara merudum




SHAH ALAM: PAS mencatat kejayaan gemilang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dan digemilang pula kejayaan pada Pilihanraya Umum Negeri Ke-15 (PRN15)

Sekarang PAS mempunyai seramai 148 Adun di setiap negeri kecuali di Melaka dan Sarawak termasuk seorang Adun dilantik tanpa pilihan raya di Dewan Undangan Negeri Sabah.

PAS juga mempunyai 43 Ahli Dewan Rakyat dari Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu.

Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat N Balasubramaniam berkata, PAS bersama PERIKATAN NASIONAL (PN) menang 32-0 di Terengganu, 14-1 di Perlis, 43-2 di Kelantan dan 33-3 di Kedah.

“PAS kini mempunyai empat Menteri Besar yang menjadi kebanggaan kita bersama. PAS bersama PN berjaya mencatatkan kejayaan gemilang pada PRU dan PRN lalu.

“Walaupun PAS tidak berjaya membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan tetapi kita berjaya membentuk kerajaan di Perlis, mengekalkan kerajaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Serta menambahkan jumlah kerusi Parlimen dan Dun yang paling tinggi dalam sejarah,” katanya pada perasmian Konvesnyen DHPP di sini semalam.

Perasmian disempurnakan Naib Presiden PAS Dato’ Idris Ahmad.

N Balasubramaniam juga berkata, kerajaan Madani pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim perlu berlaku adil kepada semua pihak termasuk pembangkang dan rakyat.

Menurutnya Perdana Menteri (PM) mesti mengotakan kata-katanya dahulu, antaranya akan menurunkan harga petrol dalam tempoh 24 jam setelah dilantik sebagai ketua kerajaan.

Kata beliau dahulu beliau kritik Menteri Kewangan kerana matawang negara jatuh, sekarang sebagai Menteri Kewangan mendiamkan diri ketika mata wang jatuh merudum. – HARAKAHDAILY 16/10/2023

Ulasan