TARBIAH DAN KELANGSUNGAN PARTI


TARBIAH DAN KELANGSUNGAN PARTI

Terdapat 4 perwakilan yang menyebut secara khusus berkenaan Lajnah Tarbiah
1. Negeri Sembilan
2. Pahang
3. Melaka
4. Perlis

NEGERI SEMBILAN
Negeri Sembilan menyebut tentang peranan tarbiah dalam mengurangkan konflik dalaman

1. Kurangnya konflik dalam organisasi apabila usrah berjalan. Jika terdapat kawasan yang bermasalah, cuba periksa dan kita akan dapati bahawa kebanyakannya adalah disebabkan usrah yang tidak berjalan.

2.Walaupun kita tak mampu menjalankan program apa-apa, sekurang-kurangnya usrah mesti berjalan sama ada di peringkat dewan, kawasan dan cawangan, mesti kita uruskan.

Di situ juga kita akan dapat pembinaan peribadi. .

3. Kita sering melihat mereka yang aktif tetapi pada tahun pemilihan mereka gagal untuk hadir disebabkan tidak ingin memegang apa-apa jawatan. Hal ini adalah disebabkan kurangnya kefahaman.

4.Orang yang hadir usrah tahu tanggungjawab dia. Dia bukan nak rebut jawatan tetapi kalau diberi jawatan tersebut dia akan menerima dan melaksanakannya sebaik mungkin. Ini adalah hasil daripada kefahaman tarbiah.

5. Program umum tak boleh tajnid dan kaderkan orang. Perkara ini hanya boleh dicapai melalui tarbiah dan usrah yang berterusan.
Negeri Sembilan juga menyebut tentang keputusan mesyuarat atau syura

1. Sebelum mesyuarat diputuskan, kita boleh berbeza pandangan, lepas ada keputusan mesyuarat, kita kena dukung keputusan mesyuarat.

2. Pesan Nabi SAW, “Tidak menyesal orang yang bermesyaurat dan tidak rugi orang yang beristikharah”. Oleh itu, apa-apa keputusan, perlu kita uruskan dengan mesyuarat.

3. Cerdik kita seorang tak sama dengan cerdik ramai. Oleh itu, jangan buat keputusan tanpa fikirkan pandangan daripada orang lain

PAHANG

Pahang menyebut tentang melebarkan tarbiah kepada rakan kita di dalam Perikatan Nasional. Insya-Allah perkara ini akan dibincangkan dan mungkin akan dilaksanakan melalui program-program umum untuk kita berikan gambaran dan tasawur kepada mereka berkenaan tentang Islam dan prinsip perjuangan kita.

MELAKA

Melaka pula menyebut tentang usrah kena dipastikan mengikut manhaj.

PAS sudah mempunyai Manhaj usrah untuk fikrah. Kita ada Taarif 1 dan Taarif 2, Takwim 1 dan Takwim 2, Tanfiz 1 dan Tanfiz 2.
1. Taarif 1 sebanyak 52,000 cetakan
2. Taarif 2 sebanyak 11,000 cetakan
3. Takwim 1 sebanyak 7,000 cetakan
4. Takwim 2 sebanyak 3,000 cetakan
5. Tanfiz 1 sebanyak 4500 cetakan
6. Tanfiz 2 sebanyak 3000 cetakan

Bila bercakap soal tarbiah, manhaj kena selaras. Kita nak fikrah Kelantan sama macam Selangor. Fikrah Kedah sama dengan Perak. Kita kena lahirkan juga murabbi yang boleh bawa fikrah perjuangan.

PERLIS

Perlis pula menyebut tentang MyMutabaah untuk sahut seruan yang selalu dibangkitkan oleh Tuan Guru Presiden PAS untuk koreksi diri.

Target kita adalah 12,000 peserta yang diprogramkan di dalam MyMutabaah.

Setakat hari ini jumlah penyertaan adalah;

Johor – 1,664 orang
Kedah – 960 orang
Kelantan – 896 orang
Melaka – 384 orang
Negeri Sembilan – 512 orang
Pahang – 896 orang
Perak – 1,536 orang
Perlis – 192 orang
Penang – 832 orang
Selangor – 1,408 orang
Terengganu – 512 orang
Sabah – 644 orang
Sarawak – 548 orang
Wilayah Persekutuan – 832 orang

MASA DEPAN PARTI

Kebimbangan saya adalah masa depan parti dan perjuangan kita.

Berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan pelapis kita. Berkenaan anak-anak kita di universiti. Kita kena ambil perhatian tentang perkara ini. Kita nak mereka menjadi orang haraki yang meneruskan gerak kerja kita. Benda ni takkan terjadi tanpa tajnid.

Pesanan saya kepada ibu ayah yang ada anak di universiti, pastikan mereka mengikut manhaj parti kita. Kita kena pesan dekat anak untuk cari PAS di universiti.

Hal ini adalah untuk memastikan kelangsungan parti. Kita mahu perwakilan yang hadir pada masa hadapan adalah hasil didikan kita.

PRODUK DEWAN PEMUDA

Kita juga kena ambil maklum bahawa Dewan Pemuda mempunyai 15 produk yang inklusif dan sesuai untuk anak-anak muda. Oleh itu, kita perlu manfaatkan produk-produk ini;
1. Alternative Riding Club (ARC)
2. Alternative Fishing Club (AFC)
3. Alternative Cycling Club (ACC)
4. Alternative Trekking Club (ATC)
5. Alternative 4x4 Club
6. Alternative Photographer Club
7. Alternative Horse Riding and Archery Club
8. Alternative Martial Art Club
9. Alternative Band Club
10. Alternative Swimming Club
11. DACC Football
12. DACC Fitness
13. DACC Motorsport
14. DACC Buskers

Pastikan pemuda- pemuda di kawasan kita manfaatkan kelab-kelab yang ada.
PASTI juga sudah 39 tahun dilaksanakan. Kita mempunyai berjuta anak-anak PASTI. Oleh itu kita kena mengadakan satu sistem untuk mengumpulkan data anak-anak dan alumni PASTI.

Kita kena pastikan masa depan perjuangan parti yang baik dan gemilang.

YB DATUK USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
NAIB PRESIDEN PAS
(Ucapan Penggulungan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69)

Ulasan