Wilayah dijajah rejim zionis dihujani mortar dari Lubnan



BEKAS Perdana Menteri negara haram Israel Ehud Barak berkata negara Arab dan Dunia Islam menyatakan bahawa Hamas adalah pelindung Masjid Al-Aqsa, jadi bagaimana mereka (negara Arab dan Dunia Islam) akan mengklasifikasikan Hamas sebagai pengganas sebagaiman kita semua lihat demonstrasi di negara-negara tersebut yang keluar beramai-ramai dan menyokong Hamas.

2. Pertempuran sengit sedang berlaku berikutan 5 kedudukan tentera rejim zionis Israel di wilayah yang dijajah dari Lubnan iaitu ‘Kfar Shuba Hills’ dan ‘Sheba Farm’ dihujani serangan mortar dari arah Lubnan yang dilaporkan dilancarkan oleh tentera Hizbullah.

3. Siren kecemasan terus berkumandang di wilayah utara Lubnan yang dijajah rejim zionis Israel iaitu Galilee berikutan pencerobohan dan serangan dron yang berterusan dari arah Lubnan.

4. Pencerobohan ke atas penempatan haram yahudi di sempadan Lubnan – negara haram Israel terus berlaku apabila berlaku pertempuran sengit antara tentera rejim zionis Israel dan sekumpulan kumpulan pejuang yang dipercayai telah memasuki penempatan haram yahudi Hanita dari Lubnan.

5. Tentera rejim zionis Israel melaporkan helikopter CH-53 Yasur milik tentera udara rejim zionis Israel musnah ditembak kumpulan pejuang Palestin dengan tidak melaporkan jumlah korban mahupun cedera berikutan dipercayai helikopter tersebut ketika itu sedang membawa sekumpulan tentera rejim zionis Israel untuk ditempatkan di sempadan Semenanjung Gaza.

6. Rejim zionis Israel terus melakukan serangan udara ganas di Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan udara ke atas bandar Gaza, Khanyounis, Rafah, Deir Al-Balah dan beberapa kawasan lagi di Semenanung Gaza. Tentere rejim zionis Israel juga turut melakukan serangan dan serbuan ke atas beberapa bandar di Tebing Barat seperti Nablus, Jenin dan timur Baitul Maqdis.

7. Angka korban di kalangan warga Palestin akibat serangan udara ganas tentera rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 2,215 orang dengan lebih 8,700 orang lagi dilaporkan cedera termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas. Di Tebing Barat pula, seramai 54 warga Palestin terkorban manakala lebih 1,100 lagi cedera akibat ditembak oleh tentera rejim zionis Israel mahupun diserang pendatang haram yahudi.

8. Angka kematian di kalangan pendatang haram yahudi, polis dan tentera terus meningkat kepada 1,500 orang dengan lebih 3526 lagi dilapor cedera termasuk 95 daripadanya berada dalam keadaan kritikal. Namun dibegitu angka kematian dan kecederaan di kalangan pendatang haram yahudi, polis dan tentera rejim zionis Israel dilaporan lebih besar berikutan seolah-olah rejim zionis Israel ingin ‘menutup’ angka tersebut berikutan kemarahan memuncak kebanyakan pendatang haram yahudi terhadap pentadbiran Benjamin Netanyahu berikutan perang yang sedang berlaku ketika ini.

9. Tentera rejim zionis Israel terus memperkukuhkan kedudukannya di sekeliling sempadan Semenajung Gaza dengan menambah bilangan anggota tentera, kereta kebal dan artileri dengan memberikan masa tambahan selama 6 kepada penduduk Semenanjung Gaza yang berjumlah lebih 1 juta orang supaya berpindah dari utara ke selatan Gaza berikutan dilaporkan tentera rejim zionis Israel akan melakukan serangan darat ke atas Semenanjung Gaza.

10. Kumpulan pejuang Palestin terus bertindakbalas terhadap serangan ganas tentera rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan roket ke atas bandar-bandar di wilayah yang dijajah rejim zionis Israel seperti di Tel Aviv, Sedirot, Kibbutz Nirim, Asqlan, Eshko, Beersheba dan beberapa kawasan lagi yang dijajah regim zionis Israel termasuk kedudukan tentera rejim zionis Israel di sempadan Semenanjung Gaza seperti ‘Jaafar Aam’.

11. Tentera rejim zionis Israel telah mula memasuki Semenanjung Gaza secara berperingkat namun berhadapan dengan penentangan kumpulan pejuang Palestin apabila 3 kenderaan berperisai tentera rejim zionis Israel musnah diserang kumpulan pejuang Palestin ketika melepasi pagar sempadan Semenanjung Gaza di timur Khanyounis.

12. Tentera rejim zionis Israel terus memperkukuh kedudukan tenteranya di sempadan Lubnan sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya pertempuran dengan tentera Hizbullah.

13. Keadaan di Semenanjung Gaza dilaporkan semakin buruk dengan ketiadaan bekalan eletrik, air dan terputusnya sistem komunikasi. Namun keadaan dipercayai makin sukar buat sektor kesihatan di Semenanjung Gaza berikutan hampir terputusnya bekalan ubat-ubatan dan tiada bekalan alatan kritikal, hospital yang masih beroperasi kerap diserang tentera rejim zionis Israel, ketidakmampuan hospital yang masih beroperasi untuk menampung bilangan pesakit yang cedera termasuk tidak mempunyai cukup ruang untuk menyimpan jenazah rakyat Palestin yang telah terkorban.

14. Menurut PBB, sebanyak 1,300 buah bangunan dan 5,500 buah rumah rakyat Palestin di Semenanjung Gaza musnah di bom tentera udara rejim zionis Israel dengan lebih 3,750 buah rumah lagi rosak teruk yang dikategorikan sebagai tidak boleh didiami yang ketika ini menyebabkan lebih 400,000 warga Palestin di Semenanjung Gaza hilang tempat berteduh.

15. Pesawat tentera rejim zionis Israel ‘menabur’ risalah di Semenanjung Gaza menggesa warga Palestin supaya meninggalkan Semenanjung Gaza.

16. Aktivis di London telah ‘melempar’ car merah ke atas ibu pejabat BBC di London sebagai tanda protes berikutan ‘naratif palsu’ di atas penjajahan regim zionis Israel dan sikap berdiam diri terhadap jenayah perang rejim zionis Israel ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.

Disediakan oleh:
DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabngsa dan Hubungan Luar PAS Pusat – HARAKAHDAILY 14/10/2023

Ulasan