Akta Lompat Parti masih ‘cacamarba’ – peguam



KOTA BHARU: Seorang peguam terkenal menyifatkan Akta Lompat Parti yang dilaksana bermula 5 Oktober 2022 dianggap masih ‘cacamarba’.

Mohamed Haniff Khatri Abdullah berkata akta terbabit gagal membendung peralihan sokongan apabila empat orang ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Katanya Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang digubal untuk menghalang ahli parlimen daripada bertukar parti masih gagal menyekat mereka membuat keputusan bertentangan arahan parti.

“Pada tahun 2022 dibuat pindaan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan Akta Anti Lompat Parti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah khas, Cabaran Perundangan Syariah sempena Majlis Sambutan Hari Hududullah ke-18 Peringkat Negeri di Kompleks Islam Darulnaim, Lundang di sini hari ini.

Oleh Mohamed Haniff berkata akta terbabit perlu dihentikan kerana masih gagal menyekat ahli parlimen beralih sokongan.

Sehingga sekarang empat ahli parlimen Bersatu iaitu ahli parlimen Kuala Kangsar, Labuan, Gua Musang dan Jeli menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri dengan alasan untuk mendapat peruntukan.

Bagaimanapun tindakan ahli parlimen terbabit bertentangan dengan arahan parti.

Ulasan