BUKU : THE PSYCHOLOGY OF MONEY


BUKU : THE PSYCHOLOGY OF MONEY

Buku The Psychology of Money tulisan Morgan Housel diterbitkan pada tahun 2020 (tahun Covid-19). Morgan Housel adalah pemenang dua kali Anugerah Terbaik dalam Perniagaan daripada Persatuan Pengarang dan Penulis Perniagaan Amerika, dan pemenang Anugerah Sidney New York Times.

Buku ini, walaupun baru tiga tahun di pasaran tetapi telahpun dijual melebihi EMPAT juta naskah, satu jumlah yang cukup tinggi dalam keadaan dunia buku bercetak yang semakin merudum dewasa kini.

Apa yang hendak disampaikan oleh Morgan Housel dalam bukunya ini?

Morgan Housel berusaha untuk memandu dan mengajar kita cara untuk mempunyai hubungan yang lebih baik dengan wang dan membuat keputusan kewangan yang lebih bijak. Dia menunjukkan kepada kita bagaimana psikologi kita boleh berfungsi untuk kebaikan kita dan juga boleh mendatangkan keburukan kepada kita.

Saya pun baru sempat selak-selak, tapi ada beberapa tajuk yang memang menarik untuk dihadami.

Harap boleh selesai sebelum Himpunan Selamatkan Syariah pada 20 November ini.

KFAK

Ulasan