CABARAN KITA SEMAKIN BESAR DAN SEMAKIN MENCABAR







CABARAN KITA SEMAKIN BESAR DAN SEMAKIN MENCABAR

Tengahari tadi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Haji Takiyuddin Haji Hassan meluangkan masa untuk memberikan taklimat kepada seluruh kakitangan Pejabat Agung PAS untuk pertama kalinya bagi sesi 2023/2025.

Beberapa perkara telah ditekankan dalam ucapan DST, antara lain ;

i. sebagai parti yang semakin besar pencapaian di dalam Pilihan Raya dengan memenangi 43 kerusi Parlimen dan 150 DUN, gerakerja dan sistem pentadbiran perlu dipertingkatkan.

Pertemuan berkala bersama kakitangan, kursus peningkatan akan dilaksanakan dan permukiman kaitangan akan disusun bagi merealisasikan hasrat ini.

ii. perlu membuat perancangan yang lebih cekap dan lebih teperinci dalam pentadbiran.

DST memberikan contoh organiasi besar seperti Nahdlatul Ulama di Indonesia yang mempunyai keanggotaan lebih dari 95 juta orang yang menjadikannya sebagai organisasi Islam terbesar di dunia ketika ini.

Sudah tentulah menguruskan sebuah organisasi yang besar seperti ini memerlukan satu sistem yang teratur, terkini dan tersusun yang perlu dipelajari oleh kita.

iii. bekerja dan bertugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.

Kakitangan perlu pastikan bahawa apa-apa perkara mestilah merujuk kepada pihak yang berautoriti dalam merujuk apa jua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran PAS khususnya Pejabat Agung PAS.

Secara umumnya, DST berpuashati dengan komitmen yang diberikan oleh semua kakitangan sepanjang sesi yang lalu dan mengingatkan bahawa cabaran yang menanti di hadapan semakin besar dan mencabar.

Turut hadir kesemua Penolong Setiausaha Agung PAS ; YB Syahir Sulaiman dan Khairulfahmi Matsom
Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Khoirol Anwar, Setiausaha Eksekutif Pejabat Agung PAS.

Sekian.

KFAK, PSUA

Ulasan