JANGAN MINTA PMX NILAI SEMULA TAPI KECAM PMX



Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh minta PMX nilai semula tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan.

Kata YB Dr Akmal, istilah saja yang berbeza tapi tindakan tetap sama : tetap Lompat Parti.

Saya fikir, Dr Akmal tak perlu minta PMX nilai semula tapi kecam tindakan PMX yang beri ruang kepada MP Pembangkang.

Isunya sekarang adalah peruntukan kepada MP Pembangkang yang terus dinafikan sedangkan MP ada tanggungjawab untuk rakyat di kawasan masing-masing.

Sokongan kepada PM dan kerajaan adalah kerana isu peruntukan. Jika ada peruntukan maka tak timbul isu sokongan kepada PM.

PMX adalah punca kepada apa yang sedang berlaku dan PMX yang perlu bertanggungjawab. Terjemahkan kemadanian dalam pemerintahan.

KFAK

Ulasan