MERAIKAN PARA PETUGAS PANITIA MUKTAMAR PAS PUSAT






MERAIKAN PARA PETUGAS PANITIA MUKTAMAR PAS PUSAT

Terkejut juga malam ini bila kehadiran para petugas Muktamar yang hadir diluar jangkaan. Mana tidaknya, hari ini hari bekerja dan masing-masing ada yang tinggal jauh dsri lokasi program.

Majlis ringkas ini diadakan di Zanhafiz Cafe di Shah Alam. Makanannya sedap dsn harga sangat berpatutan.

Pengerusi Muktamar Takiyuddin Haji Hassan tidak dapat untuk hadir kerana ada urusan yang sangat penting untuk dilaksanakan. Begitu juga dengan para Timbalan-Timbalan Pengarah yang tidak dapat untuk hadir.

Dalam ucapan saya tadi, saya ambil kesempatan untuk ucapan jutaan kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Muktamar yang saya fikir TERBAIK khususnya sepanjang 10 tahun terahir saya terlibat mengendalikan Muktamar Tahunan PAS.

Walaupun ada juga kelemahan dan kekurangan namun secara umumnya Muktamar kali ini mendapat pujian dari pihak kawan dan lawan.

Semoga pengalaman yang diperolehi sepanjang Muktamar kali ini akan membantu meningkatkan prestasi gerakerja masing-masing di semua peringkat.
Terima kasih semua...

Malam ini saya pakai vest Khidmat Malaysia kerana mahu sentiasa bersedia hadapi bencana banjir

Khairul Faizi Ahnad Kamil
Pengarah Panitia

Ulasan