PAS JEMPOL TERJEMAH UCAPAN DASAR PRESIDEN DALAM PELAN PERANCANGAN AKTIVITI KAWASAN







PAS JEMPOL TERJEMAH UCAPAN DASAR PRESIDEN DALAM PELAN PERANCANGAN AKTIVITI KAWASAN

Pada hari Sabtu yang lalu, saya dijemput hadir ke program Permukiman PAS kawasan Jempol di Port Dickson oleh YB Ustaz Mohd Fairuz bin Mohd Isa, Yang Dipertua PAS kawasan Jempol merangkap ADUN Serting.

Memang agak keletihan malam ini kerana perjalanan yang jauh tapi apapun, saya sangat berpuas hati dengan kesungguhan PAS kawasan Jempol yang ambil inisiatif awal untuk menterjemahkan arahan kerja Tuan Guru Presiden PAS dalam perancangan gerakerja dan aktiviti PAS Kawasan selepas ini.

Tanpa perlu menunggu arahan, program permukiman diadakan dan dihadiri oleh kepimpinan tertinggi PAS kawasan serta melibatkan Ketua Dewan-Dewan kawasan.

Saya berkongsi dalam ucapan saya ; 22 arahan kerja Presiden yang perlu diberikan perhatian oleh kepimpinan di peringkat kawasan.

Semoga permukiman ini akan berjaya mencapai sasaran serta akan dicontohi oleh PAS kawasan yang lain.

Penolong Setiausaha Agung PAS
25 November 2023

Ulasan