PAS kekal Marang, rayuan petisyen Umno-BN ditolak

 



KEPUTUSAN RAYUAN PETISYEN PILIHAN RAYA P.037 MARANG DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Mahkamah Persekutuan petang ini secara sebulat suara MENOLAK RAYUAN UMNO/BN tanpa perintah kos.

Keputusan ini dibuat oleh 3 korum Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim, bersama YA Dato Zabariah binti Mohd Yusof dan YA Datuk Rodhariah binti Bujang, bertempat di Istana Kehakiman Putrajaya.

Keputusan itu dicapai selepas Mahkamah Persekutuan mendengar hujahan pihak-pihak selama lebih 3 jam awal hari ini.

Ahli Parlimen Tan Sri Presiden PAS selaku Responden diwakili sekumpulan 5 Peguam-peguam berikut:


1. Datuk Seri Takiyudin bin Hj Hassan (SUA)

2. Wan Rohimi bin Wan Daud (Pengerusi LUHAM)

3. Ahmad Lutfi bin Awang (Timbalan Pengerusi 2 LUHAM)

4. Yusfarizal bin Yussoff (Pengerusi LUHAM Selangor)

5. Mohd Faizi bin Che Abu (Ketua Pengarah JUHAM Malaysia)

Ulasan