PAS TELAH BERJAYA DAFTAR SERAMAI 31,151 AHLI BAHARU SEPANJANG TAHUN INI


PAS TELAH BERJAYA DAFTAR SERAMAI 31,151 AHLI BAHARU SEPANJANG TAHUN INI

Petang tadi, mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat telah berjaya meluluskan seramai 4,104 orang ahli ahli baharu yang telah membuat permohonan bermula 21 September 2023 sehingga 17 November 2023 sama ada yang membuat permohonan melalui PAS Kawasan-kawasan ataupun secara Daftar Terus melalui PAS Pusat.

Kelulusan tersebut meningkat jumlah keseluruhan sehingga bulan November 2023 kepada seramai 31,151 orang keseluruhannya pada tahun ini dan ianya telah melebihi permohonan tahun lalu iaitu seramai 30,491 orang dan tahun 2021 iaitu seramai 24,251 orang.

PAS negeri Kedah terus mengungguli jumlah ahli PAS di peringkat negeri apabila berjaya mendaftarkan seramai 8,513 orang Ahli Baharu pada tahun ini malah telah berjaya menjadi negeri Pertama yang mempunyai jumlah Ahli melebihi 200 ribu orang.

Ia diiikut dengan negeri Kelantan, Terengganu, Selangor dan Perak yang mempunyai jumlah keahlian lebih dari 100 ribu orang.

Sebelum ini, Pejabat Setiausaha Agung PAS telah menggerakkan Kempen penambahan Keahlian PAS PILIHANKU yang kali terakhirnya diadakan pada tahun lalu di Dewan Al-Hana dan Stadium Mini Majlis Daerah Sik, Kedah sebagai kempen kali yang Keempat (PAS PILIHANKU 4.0)

Kempen PAS PILIHANKU kali Pertamanya diadakan pada tahun 2017, kali Kedua pada tahun 2019 dan kali Ketiga pada tahun 2020. Kempen ini bakal digerakkan semula pada tahun hadapan bagi merancakkan lagi kempen penambahan keahlian baharu PAS.

PAS PILIHANKU : PAS UNTUK SEMUA

Sekian.

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Penolong Setiausaha Agung PAS
19 November 2023

Ulasan