Pencapaian PKINK sangat luar biasa




KOTA BHARU: Penyokong kerajaan menyifatkan pencapaian Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sangat luar biasa.

Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil (PAS-Kuala Balah) berkata, keuntungan sebelum sukai meningkat mendadak daripada RM11.9 juta pada tahun 2019 kepada RM30.9 juta tahun 2020.

Katanya berlaku peningkatan 160 peratus dan terus meningkat kepada RM74.5 juta tahun 2021 yakni meningkat 141 peratus.

“Dan hanya berlaku sedikit menurun kepada RM58.6 juta pada tahun 2022 sebelum diaudit. Walaupun berlaku penularan pendemik Covid-19, namun PKINK mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai 392 peratus.

“Kadar itu dari tahun 2019 kepada 2022. Kalau dibanding tahun 2019 dengan tahun 2021, peningkatan sebanyak 526 peratus. Tahniah kerajaan Kelantan,” katanya ketika membahas Belanjawan Kelantan 2024 pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga kejayaan turut dicapai kerajaan negeri dengan peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) daripada 2.4 peratus kepada 4.3 peratus pada tahun 2022 berbanding tahun sebelumnya.

Beliau yang berkata, peranan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasinal (TVET) penting dalam pembangunan ekonomi negeri.

Menurutnya juga beliau teruja dengan rancangan kolabrasi empat kerajaan negeri bagi menyatukan sumber semulajadi, kepakaran, pasaran dan pengalaman untuk menggalakkan pelaburan.

“Pelaksanaan kelak tentunya memerlukan kerjasama dan sokongan kerajaan Pusat kerana insentif pelaburan, kemasukan modal asing dan sumber pembiayaan pelaburan berada di bawah bidang kuasa federal,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 26/11/2023

Ulasan