Akhbar politik lain sudah ‘reput’

Akhbar politik lain sudah ‘reput’
December 16, 2023



KOTA BHARU: Akhbar Suara Keadilan milik PKR yang pernah turut memeriahkan dunia akhbar politik konvensional sebelum ini, sekarang sudah ‘hilang suara’.

Begitu juga akhbar Roket milik DAP tidak sempat dilancar, namun sekarang sudah berada di pasaran sekarang.

Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, hanya satu-satunya akhbar politik yang masih bertahan sehingga sekarang hanya Harakah.

Bagaimanapun katanya Harakah juga tidak mampu bertahan bagi meneruskan kesinambungan sekiranya tidak mendapat sokongan padu ahli dan penyokong PAS.

“Selepas saya dilantik menerajui Harakah kita dapati ada kawasan yang tidak menjelaskan hutang sehingga RM100,000. Apabila kita tanya kawasan terbabit memaklumkan hutang dibuat pimpinan lama.

“Jadi kita perlu berusaha untuk sepakat membantu Harakah dengan melanggan sama ada Harakah cetak atau Hd,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/12/2023

Ulasan