KEDAH NEGERI PERTAMA CAPAI JUMLAH AHLI LEBIH 200 RIBU


KEDAH NEGERI PERTAMA CAPAI JUMLAH AHLI LEBIH 200 RIBU

Alhamdulillah, mesyuarat PAS Pusat yang berakhir tadi telah dimaklumkan bahawa jumlah keahlian PAS semasa telah mencecah seramai 1,038,317 orang sehingga 9 Disember 2023 setelah proses pemutihan ahli dan kempen keahlian baharu yang dilakukan secara berterusan.

PAS Kedah telah menjadi negeri Pertama yang mempunyai jumlah keahlian melebihi 200 ribu orang dengan jumlah pendaftaran ahli baharu seramai 8,515 orang pada tahun ini.

Kedah kekal terus mendahului jumlah keahlian ahli PAS di seluruh negara, diikuti oleh negeri Kelantan dan negeri Terengganu.

Jumlah keahlian pada tahun ini mengatasi jumlah sebanyak 30 ribu tetapi namun masih belum berjaya mencapai sasaran yang pernah ditetapkan iaitu seminima 50 ribu orang dalam tempoh setahun.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Haji Hassan Haji Hassan bahawa jumlah ahli PAS masih lagi rendah jika dibandingkan dengan jumlah penduduk semasa negara.

Justeru, Pejabat Setiausaha Agung akan menggerakkan kembali Kempen PAS Pilihanku 5.0 pada tahun hadapan sebagai usaha untuk menyemarakkan lagi usaha menambah keahlian PAS.

Sekian.

Islam For All

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung PAS
9 Disember 2023

Ulasan