Kit Siang sahkan dipanggil polis berkaitan satu kenyataan di Manchester

Kit Siang sahkan dipanggil polis berkaitan satu kenyataan di Manchester
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi - Disember 7, 2023 @ 12:17am

KUALA LUMPUR: Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang mengesahkan akan memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung satu kenyataan dikeluarkannya di Manchester, United Kingdom pada 29 November lalu.

Beliau berkata, kenyataan berkaitan Impian Malaysia itu dibuat ketika berucap di hadapan pelajar-pelajar Malaysia di sana.

"Polis sedang mencari saya atas kenyataan saya di Manchester kepada pelajar Malaysia pada Rabu lalu, yang mengatakan Perlembagaan Malaysia, pada 1957 mahupun selepas dipinda pada 1963 ketika Malaysia dibentuk.

"Bersama-sama dengan Rukun Negara dan Wawasan 2020 berserta dengan sembilan cabaran strategiknya, menjanjikan Impian Malaysia yang meraikan kepelbagaian etnik, agama dan budaya serta bukannya membawa kepada suatu impian untuk mana-mana satu etnik saja.
DISYORKAN UNTUK ANDA










"Saya akan berjumpa dengan pihak polis selepas pulang dari Scotland, tetapi perkara ini sudah membuat saya untuk membaca semula Rukun Negara dan sembilan cabaran strategik Wawasan 2020," katanya dalam kenyataan menerusi blognya.

Dalam satu kenyataan di media sosialnya, Kit Siang mendakwa Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat mana-mana orang bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri.

Beliau juga berharap Malaysia tidak memerlukan 230 tahun untuk melihat seorang bukan Melayu berpeluang menjadi Perdana Menteri.

Ulasan